REENA SIDEK

Ahad, Oktober 02, 2011

292 ; TAKDIR : Cahaya Yang Tidak Terpadam

Tajuk : TAKDIR : Cahaya Yang Tidak Terpadam
Karya : Hilal Asyraf
Terbitan : Geleri Ilmu
Dimiliki Pada : 27/08/2011

Sinopsis :


Dunia diselimuti kegelapan. Selepas Sang Asura dan Lima Jeneral menguasai dunia sepuluh tahun yanglalu, ramai yang menyangka cahaya Ilahi telah terpadam. Kerajaan Tanah Haram diasak hebat. Kota 'Hijau'
Chinmayi juga begitu.

Waktu seakan terhenti. Manusia yang percaya kepada-Nya dibadai derita. Ada yang percaya Dia telah meninggalkan mereka. Malah, tidak kurang yang menyatakan bahawa Allah itu tiada. Apatah lagi sejarah menjadi saksi tewasnya Kiai Songo ditangan Sang Asura dua belas tahun sebelumnya. Namun bukan bagi Kerajaan Tanah Haram dan kota 'Hijau' Chinmayi. Mereka kekal percaya dan terus berjuang menegakkan agama-Nya. Lantas seorang pemuda dihantar Bapa memulakan kembara. Memerangi kegelapan bahawaan Sang Asura. Angkasa Sakti. Dia adalah saksi. Cahaya Ilahi tidak akan terpadam walaupun kegelapan menyelubungi dunia.

Dengan Novel ini, penulis hajatkan agar ianya memberikan inspirasi, kekuatan, kepada mereka yang beriman kepada Allah SWT, dalam meneruskan perjuangan mereka menentang kebatilan di atas muka bumi ini. Memang kadangkala kita terasa, usaha kita sia-sia. Kita terasa, perjuangan ini terlalu panjang. Kita terasa seperti kemenangan itu tidak akan sampai-sampai kepada kita. Maka Novel ini adalah untuk 
mengubati perasaan itu.

Penulis ingin mengajak diri penulis dan pembaca, agar melihat kembali hubungan kita kepada Allah SWT, dalam perjalanan hidup kita sebagai hamba-Nya. Dalam kehidupan kita sebagai penyeru di atas jalan-Nya.Dalam kehidupan kita sebagai pejuang di atas jalan-Nya. Apakah kita percaya dan yakin akan segala 
janji-janji-Nya dengan sepenuh keimanan kita? Atau kita sekadar beromongan semata-mata?

Novel Takdir, bukan semata-mata fantasi kosong. Tetapi pada penulis , ini buah tangan buat ummah, agarjangan berputus harap daripada Allah SWT. Sesungguhnya, Dia itu tidak pernah mengecewakan hamba-hamba-Nya, yang berjuang di atas jalan-Nya. Walaupun dunia ini diselimuti kegelapan batil, tetap cahaya 
Allah itu akan menyinari nanti.

Persoalannya, apakah kita ini golongan yang percaya? Takdir Allah telah tertulis, bahawa kemenangan akan menjadi milik hamba-hamba-Nya yang beriman. Tinggal kita tidak tahu bagaimana ianya akan berlaku. Maka apakah kita antara yang percaya, dan berusaha merealitikannya? Persoalan-persoalan ini pulang kepada kita.

291 ; Hati Bergetar Rindu

Tajuk : Hati Bergetar Rindu
Karya : Dhiya Zafira
Terbitan : Alaf 21
Dimiliki Pada : 27/08/2011

Sinopsis :




Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku.Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita.




Ari ~ Bersamamu aku memahami makna bahagia. Tetapi mengenalimu juga membawa aku ke lembah derita. Sesungguhnya tiada insan yang mahu dikhianati. Lebih-lebih lagi oleh insan yang paling dipercayai.


Sid ~ Segala jerih perih yang kita lalui, semoga ada senyum di esok hari…percayalah...kita semua hanya mahu bahagia. Percayalah bahawa...kebenaran hanya mampu dilihat oleh mata hati Dan Ari, yakinlah bahawa...ALLAH sudah memilih yang terbaik buat kita. 


Ini kisah mereka yang mencari kebahagiaan. Kisah mereka yang terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yang mencari keampunan. Kisah mereka yang mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yang harus mengerti dan memahami apa ertinya makna sebuah perjuangan.

Sabtu, Oktober 01, 2011

290 ; Sayangku Merajuk

Tajuk : Sayangku Merajuk
Karya : Ayu Emelda
Terbitan : Alaf21
Dimiliki Pada : 25/08/2011

Sinopsis :



BULAN MADU AIREEN hanya bertahan seketika cuma...
apabila ijab dan kabul seakan termetri tiga purnama saja.
Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana dan sirna.
Wanita mana tak meradang… hati mana tak sengsara?

Pertemuan semula terjadi tanpa diduga.
Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg!
Tetapi sayang, pujukannya hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti!

Dendam Aireen bukan satu mainan.
Dia tega mengalihkan cinta pada lelaki lain.
Biar Shahir merana... biar padan dengan muka!

Tapi bagi Shahir cintanya adalah yang pertama dan terakhir.
Walau rajuk Aireen panjang berjela...
walau jelingannya sering saja menggoncang iman di dada.
Dia tak mungkin mengalah!
Apalagi dengan kehadiran Dyra dan Fyra...
sebagai penyambung kasih... bukti cinta.

Namun, bahagia yang dicari sering sahaja dilanda onar.
Kehadiran Madam Anna sering membawa bencana.
Laura pula menjadi penggugat dalam bahtera berumahtangga.

Akibatnya, api cemburu dan benci menyebabkan
insan tidak berdosa menjadi mangsa.
Dan mungkinkah kesabaran seorang suami 
akhirnya akan kecundang jua?

289 ; Juara Carta Cinta

Tajuk : Juara Carta Cinta
Karya : Lynn Dayana
Terbitan : Alaf 21
Dimiliki Pada : 25/08/2011

Sinopsis :


Ini kisah kejiranan yang gila. Ada pokok yang disiram air panas. Sampai kiamat, pasti tidak subur! Ada karipap yang berintikan julap, maka penatlah berulang alik ke bilik termenung. Maya tersepit umpama inti sandwic yang dihimpit rapat oleh roti panas. Jiran sebelah kiri selalu membuatkan dadanya terasa mahu pecah. Bekas kekasih yang tidak faham makna tidak. Kata hati Maya, sejarah lama tidak akan berulang kembali. Kata hati Haqiem, sejarah mengajarnya untuk tidak melepaskan wanita idaman hati. Maka, remuklah hati Maya bila kerap diasak.

Jiran sebelah kanan pula membuatkan Maya pening. Besarnya dunia, mengapa lelaki itu memilih untuk membeli rumah di situ juga? Sudah beristeri mengapa masih mencuri pandang pada dia Kehadiran lelaki yang tidak diketahui namanya membuatkan Maya gila! Lelaki ini kaya dengan teori. Dunia Maya kacau bilau bak diserang garuda. Siapakah juara di dalam carta cintanya? Yang kanan? Yang kiri? Atau yang sering singgah di dalam hati?


Jumaat, September 30, 2011

288 ; Yang Ku Cari

Tajuk : Yang Ku Cari
Karya : Mimie Afinie
Terbitan : Karnadya
Dimiliki Pada : 31/07/2011

Sinopsis :


ARYANA, gadis kacukan Melayu Cina. Sejak hatinya diserah pada 'si dia', dia sudah tidak punya hati lagi untuk lelaki lain. Hanya 'si dia' yang mampu beri apa yang dia cari selama ini. Benarkah begitu?


ZAHIM, lelaki yang terbuka dan berterus terang. Belum apa-apa sudah berani meminta macam-macam. Nampak seperti bukan jenis yang penyabar. Pilihan abah dan Kak Bedh, tetapi adakah pilihan dia juga?


BENJAMIN, Kawan baik Zahim ini betul-betul menambah masalah. Jenis kawan makan kawan punya juga. Punyalah ramai gadis berketurunan cina yang cantik-cantik belaka, kenapa harus dia?


HATTA, sahabat sejak kecil. Baik hati, mengambil berat dan penyayang. Malah dia turut disayangi ibu bapa lelaki itu. Kalaulah kasih sayang seorang ibu yang dicari, Hattalah pilihan yang paling tepat. Betulkah?


Semuanya tidak semudah yang disangka. Sangat sukar rupanya untuk menggapai bahagia. Ada sahaja halangan, ada saja rintangan. Yang pasti, diat idak akan mudah mengalah. dia tidak akan cepat melatah. Dia percaya, dia pasti ketemu apa yang dicari selama ini.


YANG KU CARI, bukan sekadar cerita cinta biasa, tapi lebih daripada itu. Bacalah dan hayatilah.

287 ; Setia Menanti

Tajuk : Setia Menanti
Karya : Fauziah Ashari
Terbitan : Intens Media
Dimiliki Pada : 31/07/2011

Sinopsis :


Pandang pertama telah memutikkan cinta di hati Adrina terhadap Ajmal. Malangnya, lelaki itu memilih Fatihah sebagai kekasihnya. Adrina memujuk perasaannya agar melupakan lelaki itu. Bertahun-tahun dia merawat hatinya sendiri.

Tanpa disangka, takdir telah menemukan mereka semula. Ajmal yang kecewa bercinta mula merindui Adrina yang masih terluka. Sejak itu dia berusaha untuk meraih cinta si gadis. Ternyata, hati Adrina memang untuk Ajmal.

Setelah janji diikat, mereka bagaikan tidak sabar menanti hari bahagia untuk menyulam kasih sehidup semati. Namun, kemunculan Fatihah telah merobek kesetiaan Ajmal. Malah, Ajmal sanggup menikahi Fatihah yang tercela maruahnya.

Adrina benar-benar kecewa dengan permainan cinta Ajmal. Dalam merawat lara, Zulfaris muncul memberikan semangat dan harapan. Tetapi, antara kasih dan belas, Adrina terjerat antara Ajmal dan Zulfaris. Dengan hati yang terluka, dia harus memilih seorang daripada mereka kerana cintanya hanya satu.

Khamis, September 29, 2011

286 ; Nian Di Hati

Tajuk : Nian Di Hati
Karya : Elin Nadia
Terbitan : Alaf 21
Dimiliki Pada : 31/07/2011

Sinopsis  :


Amy atau Nur Amelia Sherina bagaikan layang-layang yang terputus tali apabila ayahnya dibunuh dan rumahnya dibakar. Ibunya yang terpisah sejak kecil pula tidak ditemui. Mujur ada sahabat yang baik hati. Hani dan abangnya, Arif mengajak Amy tinggal bersama di rumah keluarga mereka.

Namun ibu Hani, Datin Mastura tidak boleh menerima kehadiran Amy. Amy menjadi kuli tidak bergaji di rumah itu. Malah, dia dicemuh adik-beradik Hani dan Arif yang lain. Arif yang sepatutnya berkahwin dengan Shafiza melamar Amy sebagai isteri apabila Shafiza membatalkan perkahwinan mereka. Amy menerima Arif kerana lelaki itu bersungguh-sungguh mahu melindunginya daripada berterusan dibuli.

Perkahwinan yang dibina sentiasa dipukul ombak. Datin Mastura dan Shafiza tidak puas-puas mahu melihat Arif dan Amy menderita dan berpisah. Amy yang sarat mengandung keguguran akibat perbuatan ibu mertua sendiri. Air mata sentiasa menemaninya sepanjang masa. Entah bila deritanya akan berakhir. Doanya moga ada sinar kasih yang mencelah walau sedikit. Dia benar-benar ingin menikmati erti bahagia.


285 ; Cinta Kontrak

Tajuk : Cinta Kontrak
Karya : Nurul Ain Syuhada
Terbitan : Karya Seni
Dimiliki Pada : 31/07/2011

Sinopsis :



"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.
Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.
Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.
Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.
Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?
"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

Rabu, September 28, 2011

284 ; Anaknya Anakku Jua

Tajuk : Anaknya Anakku Jua
Karya : Anarif
Terbitan : Kaki Novel
Dimiliki Pada : 03/07/2011

Sinopsis :


Apakah perasaan anda sekiranya anda terpaksa memelihara anak bekas kekasih anda? Itulah yang perlu didepani oleh Nisa’. Sudahlah semuanya berlaku dengan sekelip mata, terpaksa pula menghadapi kekasih yang sarat dengan perasaan cemburu dan umi yang sangat tegas lagi garang orangnya. Mujurlah ada abah dan Mala yang menyokongnya.

Daniel tidak boleh menerima kehadiran Hana di antara dirinya dan Nisa’. Padanya, bayangan Badri dalam bentuk Hana menggugat kasih sayang Nisa’ terhadapnya. Tertekan dengan sikap tidak matang Daniel, Nisa’ nekad memutuskan cinta mereka. Dia pasrah dengan kehendak takdir kerana sayangnya pada Hana mula menggebu. Hana adalah keutamaannya.

Tidak mahu kehilangan Hana, Nisa’ ingin menjadikannya anak angkat yang sah. Namun, status bujangnya mengekang proses tersebut daripada berlaku. Nisa’ perlu berkahwin untuk memiliki Hana sepenuhnya. Kehadiran Irfan merupakan penyelamat kepada Nisa’. Harapannya untuk mengambil Hana sebagai anak angkat menjadi cerah. Namun, perkahwinannya dengan Irfan bersyarat. Selepas mereka menikah, mereka akan bercerai. Dan Hana akan kekal berada di bawah jagaannya.

Tetapi rancangan mereka ini harus dirahsiakan, terutamanya daripada pengetahuan umi. Umi masih belum dapat menerima kehadiran Hana sebagai ahli keluarganya.

Rancangan yang diatur berjalan dengan lancar. Nisa’ hampir-hampir boleh menarik nafas lega. Namun, kehadiran Shila yang tidak dialu-alukan oleh Irfan perosak segala-galanya.

Bagaimanakah Nisa’ dan Irfan menyelesaikan kemelut yang mengepung rumah tangga mereka sementelah mereka mula saling menyayangi? Bagaimana pula dengan umi? Bisakah dia menerima Hana sebagai cucunya? Shila… kenapa dia perlu menjadi perosak?

Segala-galanya bakal terjawab di dalam Anaknya Anakku Jua.

283 ; Kurela Cinta Ini Bertamu

Tajuk : Kurela Cinta Ini Bertamu
Karya : Nuril Bahanudin
Terbitan : Kaki Novel
Dimiliki Pada : 03/07/2011

Sinopsis :


Cinta datang tanpa diundang, sebagaimana pertemuan tak terduga antara Qistina Balqish dan Daniel Muaz. Setiap kali berjumpa, setiap kali itu juga akan berlaku sengketa sehinggalah berlakunya sesuatu yang mengaibkan sehingga mengikat mereka kepada sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab yang perlu digalas atas perbuatan tanpa sengaja oleh kedua-duanya. Suatu ikatan pernikahan atas keterlajuran sikap Daniel Muaz dan kecuaian Qistina Balqish sendiri. Pernikahan ini perlu dirahsiakan daripada pengetahuan kedua ibu bapa Daniel Muaz. Setelah tanggungjawab diambil, bagaimana pula mereka mahu melaksanakannya jika mereka sering tidak sehati sejiwa. Bila tiada mereka merindu, bila ada mereka tidak sebulu. Tanpa sedar bibit cinta antara mereka mekar di dalam hati. Namun, relakah mereka menerima cinta itu...?

Daniel Muaz: “Macam ni la... aku bagi kau seratus ribu, kau tutup mulut kau, okey?

Qistina Balqish: “Seratus ribu??? Awak ingat harga diri saya nilai macam tu, ya? Terlalu murah, tau tak? Huh, awak ingat awak mampu beli segalanya dengan duit awak tu? Saya tak kira, saya nak awak bertanggungjawab. Kalau tak saya buat report polis. Lagipun saya boleh sue awak, saya ada bukti yang awak ceroboh bilik saya,”

Daniel Muaz: “Aku tak sengajalah. Lain kali kunci pintu kalau tak mahu orang lain masuk. Kau sendiri yang cuai. Ada ke nak tidur tak kunci pintu. Apa kau ingat kau kat rumah sendiri ke?

Selasa, September 27, 2011

282 ; Cantiknya Si Comot

Tajuk : Cantiknya Si Comot
Karya : Miazal Zahra
Terbitan : Karya Seni
Dimiliki Pada : 03/07/2011

Sinopsis :



Pertemuan pertama Farid Ammar, seorang lelaki metroseksual, dan Rosmina, seorang gadis kebun yang comot, memberikan persepsi yang kurang menyenangkan di antara mereka.

Pertemuan demi pertemuan antara mereka telah membuat hati Ammar mekar dengan bunga-bunga cinta buat Rosmina. Malangnya di saat Rosmina ingin membalas perasaan Ammar muncul pula gadis bernama Surina. Di waktu yang sama Rosmina juga disahkan mempunyai ketumbuhan di dalam rahimnya yang membuat dia merasa dirinya tidak layak untuk mendampingi Ammar. Kehadiran Surina dan keadaan diri yang serba kekurangan membuat Rosmina nekad untuk menjauhkan diri dari Ammar.

"Tak cakap apa? Su ingat kami tak tahu apa yang Su dah buat. Kenapa busuk sangat hati Su? Su ingat kalau Mina tu tak nakkan abang, abang akan terima Su. Maaf Su, abang takkan sesekali terima Su walaupun dah tak ada perempuan lain lagi dalam dunia ni. Ingat! Kalau Su cuba dekati Rosmina dan buat cerita yang bukan-bukan lagi abang takkan teragak-agak untuk musnahkan hidup Su."

Ikutilah kesudahan kisah cinta di Cameron Highlands di antara Ammar dan Rosmina ini yang penuh dengan suka duka dan pelbagai dugaan.

281 ; Sutera Bidadari

Tajuk : Sutera Bidadari
Karya : Ramlee Awang Murshid
Terbitan : Alaf 21
Dimiliki Pada : 03/07/2011

Sinopsis :


Saifudin – Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah 6 purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengambaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.
 
Raja Roman – Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya… Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.
 
Makhluk Sumpahan – Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.
 
Saifullah – Pada abad ke 21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.
 
Ramlee Awang Murshid – Sutera Bidadari, bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang menguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.

Isnin, September 26, 2011

280 ; 7 Hari Mencintaiku

Tajuk : 7 Hari Mencintaiku
Karya : Siti Rosmizah
Terbitan : SR Publication
Di Miliki Pada : 03/07/2011

Sinopsis :


Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.
“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati  nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”
Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.
“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”
Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?
Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. Segalanya akan terungkai dalam novel setebal 1050 mukasurat ini.

279 ; Contengan Jalanan

Tajuk : Contengan Jalanan
Karya : Hlovate
Terbitan : Jemari Seni
Dimiliki Pada : 03/07/2011

Sinopsis :


I – Fend

Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.
Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.
Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’.


II – K²

Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah.Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.


Kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza.

Khamis, Julai 14, 2011

278 ; NYANYIAN TANJUNG SEPI

Tajuk : Nyanyian Tanjung Sepi
Karya : Noor Suraya
Terbitan : Creative Interprise
Dimiliki Pada : 21/06/2011

Sinopsis :


Dan sepi itu terus menghambat aku ke mana-mana sehingga menjadikan aku resah gelisah tiada jalan pulang. Aduhai, masa yang indah itu sudah pergi semuanya... sehingga tidak ada apa-apa lagi yang tersisa untukku di sini. Aku seperti camar yang patah sayap. Aku bagaikan biduk tanpa perhentian. Aku umpama permaisuri tanpa kerajaan. Lalu bagaimana lagi aku harus kutip sisa hari-hari mendatang yang sirna itu, bersendirian? Tanpa dia dan tanpa kamu? Aku betul-betul kesepian. Mana hilangnya semua masa lalu yang indah itu?

Aqmar:
Senyuman itumembuat hutan rasa terbakar, dan lirikan mata sang bidadarinya membuat beku hatiku bisa cair.

Zainur:
Beku hatinya pernah 'sekali' cair dengan panahan mata sang dewi cinta. Cintanya pernah hangus pada sinar renungan dia.

Khalida:
Kekasih, akulah rusuk kirimu yang hilang itu! 

Rabu, Julai 13, 2011

277 ; HINGGA KE AKHIRNYA

Tajuk : Hingga Ke Akhirnya
Karya : Siti Nur Dhuha
Terbitan : Buku Prima
Dimiliki Pada : 01/06/2011

Sinopsis :


Mimi Atia gagal menerima Tengku Khuzairi sebagai suami kerana masih dihantui kenangan lalu. Tengku Khuzairi berubah, dia tidak lagi berperangai seperti dahulu. Namun, Mimi Atia telah menetapkan batas-batas pergaulan di antara dirinya dengan Tengku Khuzairi malah lelaki itu tidak diperlakukan selayaknya sebagai suami.

Perkahwinan Mimi Atia dan Tengku Khuzairi telah memalitkan duka di hati Raja Isyirah, iaitu adik kepada Raja Irwan. Raja Isyirah nekad ingin menghapuskan mereka. Lalu, Tengku Khuzairi dan Mimi Atia diculik dalam suatu serangan yang dirancang oleh Raja Isyirah. Adakah insiden selanjutnya lebih teruk menimpa Mimi Atia?


Rabu, Jun 29, 2011

276 ; BUKAN CINTA MONYET

Tajuk : Bukan Cinta Monyet
Karya : Hasliza Ismail
Terbitan : Kaki Novel
Dimiliki Pada : 01/06/2011

Sinopsis :


Kepulangan Kamal Ilham ke tanah air selepas lapan tahun belajar di UK menemukannya semula dengan keluarga angkatnya, umi dan Nurul Suhana yang berusia tujuh belas tahun. Pertemuan setelah sekian lama itu, membuat jantung Nurul Suhana berdegup kencang. Apa benar dia sudah dilamun cinta atau ianya sekadar cinta monyet?

Perubahan sikap Nurul Suhana dapat dirasakan oleh Kamal Ilham. Dia yang selama ini hanya ingin meletakkan Nurul Suhana tidak lebih daripada seorang adik, terpaksa berterus terang. Tambahan pula dia telah mempunyai Annetalia. Melukainya adalah jalan yang terbaik.

Namun begitu satu tragedi telah merubah Nurul Suhana yang dahulunya periang, menjadi pendiam dan semangatnya turut melayang pergi. Kamal Ilham benar-benar terasa kehilangan.

275 ; OPS! PINTU HATIKU

Tajuk : Ops! Pintu Hatiku
Karya : Noraz Ikha
Terbitan : Kaki Novel
Dimiliki Pada : 01/06/2011

Sinopsis :


EIKA : Perasaan cinta yang berakar umbi terhadap Hakimi cuba dinafikan. Biarlah semua orang menganggapnya ego. Dalam masa yang sama, kehadiran seseorang tanpa wajah, tanpa suara dan tanpa jasad bernama PSH telah hadir membuka pintu hatinya. Unik sungguh.

"Heee...budak tu? Hai...sorrylah beb. Kalau dah dasar playboy tu playboy juga. Kirim salam jelah kat dia yek!"

Selasa, Jun 28, 2011

274 ; TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH

Tajuk : Tuan Rumah Pembantu Rumah
Karya : Orkid Edyliyne
Terbitan : Fajar Pakeer
Dimiliki Pada : 29/05/2011

Sinopsis :



"Saya tak ada alasan. Saya  tak boleh elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?"

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

273 ; KU PERCAYA ADA CINTA

Tajuk : Ku Percaya Ada Cinta
Karya : Rudi Hirdy
Terbitan : Kaki Novel
Dimiliki Pada : 29/05/2011

Sinopsis :


Hazz, seorang wanita yang agak terkebelakang dalam berfesyen digelar sebagai 'wanita sihir' oleh pelajar-pelajarnya kerana ketegasan dan kegarangannya dalam mengajar di kolej.

Pola hidupnya mula berubah apabila pertembungannya dengan Fakhri membuahkan dendan di dalam diri masing-masing hingga menyebabkan Fakhri terpaksa menjadi 'hamba tebusannya'. Fakhri yang bekerja sebagai pereka fesyen dikehendaki merubah imej dan penampilan Hazz dalam tempoh enam bulan, sebagai galang ganti saman malu yang dikemukakan oleh Hazz terhadapnya.

Isnin, Jun 27, 2011

272 ; BILA HATI KATA SAYANG

Tajuk : Bila Hati Kata Sayang
Karya : Marissa
Terbitan : Karya Seni
Dimiliki Pada : 29/05/2011

Sinopsis :


Dia Hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang. Awal-awalnya, aku fikir hanya biasa-biasa saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan sekadar biasa-biasa saja. Sudah menjadi sangat-sangat luar biasa.

Aduhai... Kenapa dia macam syok sahaja dekat aku? Selalu buat benda-benda yang tidak aku jangkakan. Atau aku yang terlebih syok dekat dia? Kalu betul, apa yang harus aku lakukan? Minta putus tali pertunangan? Atau aku kena lari bersama dengan si dia.

Aku tidak tergamak melukakan hati ayah saudaraku. Dia yang telah bela aku lepas ayah meninggal. Sebab kenang budilah aku tidak boleh buat apa-apa. Jodohku sudah dirancang dari mula. Kalau aku putuskan bermakna aku jadi anak saudara yang tidak mengenang budi. Aku tidak hendak jadi macam itu.

271 ; AYAT-AYAT CINTA

Tajuk : Ayat-Ayat Cinta
Karya : Habiburrahman El Shirazy
Terbitan : AR
Dimiliki Pada : 28/06/2008

Sinopsis :


Mengisahkan seorang pelajar di Universiti AL-Azhar, Mesir Fahri Bin Abdullah Shiddiq yang tidak pernah mendekati perempuan selain ibu dan nendanya. Sehingga tahun S1nya di Mesir, dia mengenali 4 wanita yang kemudian jatuh cinta padanya...

Nurul Azkiya, pelajar Al-Azhar anak kepada seorang alim yang Fahri merasakan tidak setaraf baginya walaupun menyukai Nurul. Ini menyebabkan Nurul tertanya dan terlambat meluahkan perasaan ketika Fahri baru bertunang.

Aisha Binti Rudolf Kremas, wanita kelahiran Turki-Jerman yang kaya. Mengenali Fahri di dalam sebuah metro(bas). Fahri yang boleh berbahasa Jerman memudahkan perbualan. 

Noura, gadis suci yang sering di seksa keluarga sendiri kerana salah anggap anak luar nikah oleh bapa dan kedua kakaknya, akhirnya terselah kebenaran. Namun, dia telah memfitnah Fahri merogolnya sebulan selepas Fahri menikah.

270 ; SEJAK BILA KAMI BERKAWAN?

Tajuk : Sejak Bila Kami Berkawan?
Karya : Ainin Naufal
Terbitan : PTS
Dimiliki Pada : 05/12/2009

Sinopsis :


"Awak semua ini tidak ada kerja lain? Dari tadi asyik mengumpat saya!"

Ketinggian suara Rayyan mengejutkan ketiga-tiga gadis itu. Masing-masing tercengang dan saling berpandangan sesama sendiri. Biji mata Rayyan terjegil-jegil seolah-olah akan terlepas daripada kelopaknya.

"Eh,sedapnya awak menuduh kami tanpa usul periksa. Kami tidak pernah mengumpat awak walaupun sekali." Kali ini giliran pelajar perempuan bertocang itu pula bersuara.

Jumaat, Mei 27, 2011

269 ; 566 HARI MENCARI CINTA

Tajuk : 566 Hari Mencari Cinta
Karya : Ilya Abdullah
Terbitan : Kaki Novel
Dimiliki Pada : 01/05/2011

Sinopsis :

Firdayu : "Aku mencari cinta semata-mata kerana kemewahan yang bakal aku kecapi dan aku tidak akan biarkan diriku tunduk pada cinta!"
Kid : "Semua orang menggelarkannya 'poison ivy'. Cantik tetapi beracun. Tapi aku tak kisah kerana aku akan sentiasa melindungi dia dari sebarang ancaman. Kenapa? Itu adalah tugas yang telah diamanahkan untuk aku."

268 ; PILIHAN MAMA

Tajuk : Pilihan Mama
Karya : Umie Nadzimah
Terbitan : Kaki Novel
Dimiliki Pada : 01/05/2011

Sinopsis :


Mama mengharapkan impiannya yang satu, memiliki menantu perempuan dan seterusnya cucu-cucu untuk segera ditunaikan. Puas berusaha, gadis idaman masih belum ditemui... payah untuk merasai cinta pertama. Susahnya untuk memiliki kasih sejati.
Lelah menanti, mama menbuat keputusan sendiri. Pilihannya mesti dituruti. Dalam dilema, bidadari cintaku di depan mata, namun dir telah terikat dengan suatu janji... Haruskah aku membuat keputusan sendiri? Aku pasrah... segalanya terserah!

Rabu, Mei 11, 2011

267 ; TERLANJUR MENCINTAIMU

Tajuk : Terlanjur Mencintaimu
Karya : Syamnuriezmil
Terbitan : KaryaSeni
Dimiliki Pada : 01/05/2011


Sinopsis :


JOHAN Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?
Johan Iskandar : "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!"

Khamis, Mei 05, 2011

266 ; M.A.I.D.

Tajuk : M.A.I.D.
Karya : Suri Ryana
Terbitan : Kaki Novel
Dimiliki Pada : 01/05/2011


Sinopsis :


Terdesak Untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewat tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarnya Mr.F (fussy).
Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.

Rabu, April 27, 2011

265 ; SEANDAINYA

Tajuk : Seandainya
Karya : Rys Areesa
Terbitan : Kaki Novel
Dimiliki Pada : 02/04/2011


Sinopsis :


Masing-masing enggan meluahkan isi hati. Hanya bahasa tubuh dan bicara tersirat yang memainkan peranan. Areena tidak berani membuka pintu hatinya untuk Wan Zaharris. Bimbang dirinya akan dikecewakan sebagaimana Zaharris Arman menghancurkan hatinya berderai berkeping-kepingan. Wan Zaharris pula bersenda di dalam kata-kata seriusnya terhadap Areena, berharap gadis itu bisa membaca apa yang tersirat di dalam hatinya. Ke manakah sudahnya hala tuju perhubungan ini?

Khamis, April 21, 2011

066 ; MENCARI ABADI

Tajuk : Mencari Abadi
Karya : Lugman Hakim
Terbitan : Alaf 21
Dimiliki Pada : 24/01/2009

Sinopsis :


Kedengaran mersik dan lembut suara lelaki tua itu. Mengungkapkan sebaris kata-kata yang tertulis di depannya. Tidak difahaminya langsung. Dan kenapa perlu dia ungkapkan? Dia diburu kekeliruan kini. Kenapa lelaki tua ini muncul di depannya? Kenapa dia perlu berada di tempat asing ini?

Kali ini Aliff Iman tekad. Walaupun tahu akan mendapat tentangan daripada keluarga, dia tetap tidak akan berubah hati. Dengan kemunculan seorang lelaki tua yang mengajarnya dua kalimah syahadah dalam mimpi, telah membuatkan Aliff Iman memilih Islam sebagai agama pegangannya.

Isnin, April 11, 2011

264 ; KUTEMUI CINTA

Tajuk : Kutemui Cinta
Karya : Nuraqilah Syuhaida
Terbitan : Buku Prima
Dimiliki Pada : 02/04/2011


Sinopsis :


Adam ,anak orang kaya memiliki segalanya. Namun keran kurang didikan agama dan kasih sayang, dia telah terjerumus ke dalam dunia keseronokan sementara. Kelebihan rupa paras yang dimiliki memberi peluang kepadanya untuk memperdaya gadia-gadis. Mulanya, dia turut berniat untuk memperdaya Nadya namun tanpa disedari dia telah jatuh hati dengan pekerti halus gadis itu. Hubungan Nadya dan Hafiz tidak disenangi Adam menyebabkan dia memusuhi Hafiz dan menjadi seorang pendendam. Pemergian Hafiz telah mengubah segala-galanya. Adam sedar akan hakikat diri dan mula berubah namun tetap tidak pernah berputus asa merebut hati Nadya walau bertahun-tahun menunggu. Terimakah Adam Di hati Nadya?

"Nak sebut cinta dan suka tu memang senang, Suraya. Tapi tak bagi saya. Cinta itu cuma mitos. Dan bagi saya, tak ada cinta yang berakhir dengan kebahagian. Saya takkan percayakan lelaki semudah itu." ~ Nurul Nadya

263 ; AKAN KU TUNGGU

Tajuk : Akan Ku Tunggu
Karya : Sania Yasmin
Terbitan : Alaf 21
Dimiliki Pada : 02/04/2011


Sinopsis :

AYU RIHANA terkejut apabila dia dilamar oleh anak bujang jirannya. Pinangan jejaka egois dan berstatus tinggi itu tidak langsung diimpikannya. Tambahan pula, mereka tidak saling mengenali mahupun bertegur sapa sejak tinggal berjiran. Malah, dunia mereka jauh berbeza umpama langit dengan bumi.

Kehidupan Syamil Bakhtiar yang sentiasa dihimpit gadis-gadis cantik kian berubah sejak dia terlihat kepolosan wajah Ayu. Dia nekad mahu mendekati gadis kacukan itu biarpun latar peribadi mereka tidak setara. Namun, perubahan itu hanya seketika. Ugutan seorang 'teman tapi mesra' Syamil menghumban dia kembali kepada sikap suka berfiya-foya dan bersosial hingga lewat pagi.

Khamis, April 07, 2011

262 ; PELUKAN CINTA

Tajuk : Pelukan Cinta
Karya : Amisha Dania
Terbitan : Kaki Novel
Dimiliki Pada : 02/04/2011


Sinopsis :

Armand Danial dan Zulaika Husna, nama yang cukup sepadan bila diganding bersama apatah lagi apabila berjalan berduaan, ketinggian mereka, ketampanan Armand Danial dan kejelitaan Zulaika Husna berjaya membuatkan rakanrakan sekeliing bersetuju mereka memang patut dijodohkan. Perjalanan percintaan mereka tidak banyak rintangan kerana perhubungan mereka di bawah restu keluarga Zulaika Husna yang sangat luhur hatinya. Tetapi, mana mungkin sesuatu perhubungan tidak dilanda badai, ketegasan dan desakan Datin Rozni, mummy Armand Danial memyebabkan hubungan murni pasangan ini menemui penghujungnya.

261 ; ABANG KHAI TOMBOI

Tajuk : Abang Khai Tomboi
Karya : Nuraqilah Syuhaida
Terbitan : Fajar Pakeer
Dimiliki Pada : 02/04/2011


Sinopsis :


“Tak tau aku pelakon? Wei, dari mana kau quote ayat tu, hah? Dari Kamus Dewan Bahasa edisi kelima ke? Aku tiap-tiap hari masuk TV. Macam mana kau boleh tak tahu aku ni pelakon?”
Hanya dengan pertemuan tanpa sengaja, membawa Rizal dan Khai ke pertemuan seterusnya, seterusnya dan seterusnya. Juga tanpa sengaja telah memutikkan satu perasaan yang aneh dalam diri mereka. Khai lebih senang untuk memendam perasaannya. Manakala Rizal, risau dengan perasaan yang wujud dalam dirinya—risau akan tercetus hubungan songsang.

Rabu, April 06, 2011

260 ; RAYYAN FANTASI

Tajuk : Rayyan Fantasi
Karya : Ramlee Awang Murshid
Terbitan : Alaf 21
Dimiliki Pada : 02/04/2011


Sinopsis :


RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Selasa, April 05, 2011

SABTU (02/04/2011)

Pameran buku yang diadakan di Tun Jugah.... 
 6 buah novel yang dibeli pada bulan awal bulan April:
1- Abang Khai Tomboy (Nuraqilah Syuhaida)
2- Pelukan Cinta (Amisha Dania)
3- Rayyan Fantasi (Ramlee Awang Murshid)
4- Kutemui Cinta (Nuraqilah Syuhaida)
5- Seandainya (Rys Areesa)
6- Akan Ku Tunggu (Sania Yasmin) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRlInDuNgAn, MaKa ALLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn TeLaDaN, MaKa RASULULLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeDoMaN, MaKa AL-QURAN CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRiNgAtAn, MaKa KEMATIAN CuKuP bAgInYa
DaN bArAnGsIaPa TiDaK cUkUp DeNgAN sEmUa, MaKa NERAKA CuKuP bAgInYa