REENA SIDEK

Rabu, Mei 11, 2011

267 ; TERLANJUR MENCINTAIMU

Tajuk : Terlanjur Mencintaimu
Karya : Syamnuriezmil
Terbitan : KaryaSeni
Dimiliki Pada : 01/05/2011


Sinopsis :


JOHAN Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?
Johan Iskandar : "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!"
TENGKU HANIS terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?
Tengku Hanis Zulaikha : "Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!"
Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?

Ulasan :

Terlanjur Mencintaimu ~ Johan Iskandar dan Tengku Hanis Zulaikha terpaksa disatukan sebagai suami isteri disebabkan wasiat yang ditinggalkan oleh Tok Din iaitu nenda kepada Tengku Hanis Zulaikha. Pada mulanya Tengku Hanis Zulaikha menentang wasiat nenda namun akhirnya dia terpaksa kerana tidak mahu keluarganya hidup merempat sekiranya wasiat itu tidak dipenuhi. Manakala Johan Iskandar menerima wasiat tersebut untuk mengetahui punca keluarganya hidup di kampung sedangkan arwah ayahnya mengatakan itu adalah hak mereka.
Setelah perkahwinan diantara Johan Iskandar dan Tengku Hanis Zulaikha berlangsung, beberapa bulan selepas itu, perasaan sayang dan kasih mula wujud di hati Johan Iskandar terhadap isterinya. Johan Iskandar mulai coba menawan hati isterinya. Layanan yang baik oleh Johan Iskandar terhadap Tengku Hanis Zulaikha telah menambat hati Tengku Hanis Zulaikha, namun perasaan takut ditinggalkan lagi oleh orang tersayang menahan Tengku Hanis Zulaikha  dari meluah perasaan kasihnya.

Ending : Happy :) 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRlInDuNgAn, MaKa ALLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn TeLaDaN, MaKa RASULULLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeDoMaN, MaKa AL-QURAN CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRiNgAtAn, MaKa KEMATIAN CuKuP bAgInYa
DaN bArAnGsIaPa TiDaK cUkUp DeNgAN sEmUa, MaKa NERAKA CuKuP bAgInYa