REENA SIDEK

Isnin, Mac 14, 2011

022 ; KAU MILIKKU

Tajuk : Kau Milikku
Karya : Pitteriah Abdullah
Terbitan : Buku Prima
Dimiliki Pada : 09/05/2009


Sinopsis :



Selepas kematian ibunya, ayah Farhana berkahwin dgn Imah. Ibu tiri Farhana ni jahat. Tahu nak mengikis harta peninggalan arwah ibu Farhana. Selepas kematian ayahnya, abang tiri Farhana sering memeras ugut Farhana dan adiknya Farah untuk meminta duit atau harta peninggalan arwah ayahnya.
Farhana terpaksa mengahwini Ilham (walaupun tidak diketahui hati budinya) kerana memerlukan tempat untuk berlindung dari diganggu oleh abang tirinya. Farah yg berusia 18 tahun turut mendirikan rumahtangga bersama Naim, lelaki yg dicintainya. Ilham pula berkahwin dengan Farhana sebab tak tahan dengan sikap ibunya yg mendesak Ilham untuk berkahwin lagi selepas Ilham bercerai dengan isterinya yg curang iaitu Aliah. Hasil dari perkahwinan Ilham & Aliah, mereka dikurniakan seorang anak perempuan tapi telah meninggal dunia. 

Disebabkan dari perceraian Ilham dan Aliah serta kematian anak perempuannya, Ilham mengalami trauma dari kisah hidupnya yg lalu dan berubah menjadi seorang yg suka mengamuk dan sering memukul Farhana. Dahlah pula tu, Farhana pula yg kena sara Ilham. Ilham tak bekerja. Dia hanya tahu keluar, jumpa kawan, minta duit dari Farhana. Setiap pagi, sebelum pergi kerja Farhana kena tinggalkan RM 20 untuk Ilham. Pernah sekali tu Farhana terlupa nak tinggalkan RM 20, teruk dia dibelasah oleh Ilham. 

Disebabkan Farhana dah tak sabar dengan kerenah Ilham, akhirnya mengorek rahsia dari adik dan keluarga Ilham. Setelah mengetahui trauma yang dialami oleh Ilham hingga menyebabkan Ilham berubah sampai macam tu sekali, Farhana berazam untuk mengembalikan Ilham seperti yang asal. 

Tiba-tiba bekas isteri Ilham kembali untuk berbaik semula dengan Ilham. Apakah yang terjadi seterusnya? Adakah Ilham masih menyintai bekas isterinya itu? Atau pun telah berputik perasaan cintanya pada Farhana? 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRlInDuNgAn, MaKa ALLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn TeLaDaN, MaKa RASULULLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeDoMaN, MaKa AL-QURAN CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRiNgAtAn, MaKa KEMATIAN CuKuP bAgInYa
DaN bArAnGsIaPa TiDaK cUkUp DeNgAN sEmUa, MaKa NERAKA CuKuP bAgInYa