REENA SIDEK

Jumaat, Mac 18, 2011

176 ; CINTA HATIKU

Tajuk : Cinta Hatiku
Karya : Pitteriah Abdullah
Terbitan : Buku Prima
Dimiliki Pada : 29/05/2010


Sinopsis :



Arissa Putri ditukarkan dengan Syazwan Hafizi kerana ayah Arissa iaitu Tan Sri Badrol inginkan seorang anak lelaki bagi mewarisi empayar keluarganya. Tanpa pengetahuan Tan Sri Badrol, Puan Sri Sharifah tega menukarkan anak sendiri dengan Hamzah dan Puan Latifah. Arissa dibesarkan dengan penuh kasih sayang walaupun hakikatnya Arissa sudah diberitahu dia hanya anak angkat dalam keluarga Hamzah. Manakala Syazwan pula hidup dalam kemewahan dan kebahagiaan tetapi tidak dimaklumi dia hanyalah anak angkat Tan Sri Badrol. Rahsia ini hanya Puan Latifah, Puan Sri Sharifah dan Arissa saja yang tahu setelah Hamzah meninggal dunia.

Arissa yang jatuh cinta dengan Megat Rafiqin terpaksa menolak lamarannya kerana tidak mahu rahsia ini terbongkar. Wali adalah penting dalam penikahannya sedangkan wali yang sebenar tidak tahu dia mempunyai seorang anak perempuan. Arissa terpaksa berkorban demi orang lain sedangkan jiwanya sudah terseksa setelah berpisah dengan Megat Rafiqin yang membawa hati ke negara Dubai.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRlInDuNgAn, MaKa ALLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn TeLaDaN, MaKa RASULULLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeDoMaN, MaKa AL-QURAN CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRiNgAtAn, MaKa KEMATIAN CuKuP bAgInYa
DaN bArAnGsIaPa TiDaK cUkUp DeNgAN sEmUa, MaKa NERAKA CuKuP bAgInYa