REENA SIDEK

Selasa, Mac 22, 2011

203 ; KERANA DIA CINTA

Tajuk : Kerana Dia Cinta
Karya : Izza Aripin
Terbitan : Kaki Novel
Dimiliki Pada : 18/07/2010


Sinopsis :


Dalam perjalanan mencari cinta sejati, Gia terpaksa bernikah dengan Ryan berkorban demi menyatukan dua gergasi korporat. Ketiadaan cinta menyebabkan rumahtangga yang dibina reta menanti belah. Hadirnya Dena menggoncang pendirian Ryan. Rezman dijadikan alat oleh Dena untuk mengejar cintanya. Terhimpit dengan beban perasaan yang semakin sukar digalas, Gia membawa diri ke Teratak Bayu. Siti Hajar menyedarkan dirinya bahawa keredhaan suami adalah kebahagiaan seorang isteri. Gia pulang dengan hasrat mahu mengubah benci menjadi cinta.
Tetapi, semuanya sudah terlambat. Gia membawa hati yg lara ke perantauan bersama dendam. Masa yg berlalu tidak pernah memadamkan dendam dan meredakan benci. Gia kembali sebagai Amani yang sudah menemui cinta sejatinya terhadap Allah. Hatinya yang masih luka diketuk oleh cinta Zeek yg hadir tanpa diduga. Dalam dilema mencari arah, muncul Ryan menagih cinta dan maaf.
Siapakah di hati Amani? adakah dia menerima cinta Zeek dengan redha? Atau pulang ke pangkuan Ryan melupuskan dendam? Kerana Dia Cinta... membawa Gia menyusuri jalan kehidupan yang tidak lekang daripada onak dan duri.
Kerana Dia Cinta... kerana Ryan, Gia terpaksa berkorban, Dena rela bermusuhan, Rezman percaya pada cinta.
Kerana dia Cinta... kerana Gia, Ryan belajar mengenali cinta, Fahrein berjaya mencapai cita-citanya, Zeek menemui cinta sejatinya.
Kerana Dia Cinta... kerana Allah, Nurjia Amani menemui cinta abadi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRlInDuNgAn, MaKa ALLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn TeLaDaN, MaKa RASULULLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeDoMaN, MaKa AL-QURAN CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRiNgAtAn, MaKa KEMATIAN CuKuP bAgInYa
DaN bArAnGsIaPa TiDaK cUkUp DeNgAN sEmUa, MaKa NERAKA CuKuP bAgInYa