Karya : Hasliza Ismail
Terbitan : Kaki Novel
Dimiliki Pada : 01/06/2011
Sinopsis :
Kepulangan Kamal Ilham ke tanah air selepas lapan tahun belajar di UK menemukannya semula dengan keluarga angkatnya, umi dan Nurul Suhana yang berusia tujuh belas tahun. Pertemuan setelah sekian lama itu, membuat jantung Nurul Suhana berdegup kencang. Apa benar dia sudah dilamun cinta atau ianya sekadar cinta monyet?
Perubahan sikap Nurul Suhana dapat dirasakan oleh Kamal Ilham. Dia yang selama ini hanya ingin meletakkan Nurul Suhana tidak lebih daripada seorang adik, terpaksa berterus terang. Tambahan pula dia telah mempunyai Annetalia. Melukainya adalah jalan yang terbaik.
Namun begitu satu tragedi telah merubah Nurul Suhana yang dahulunya periang, menjadi pendiam dan semangatnya turut melayang pergi. Kamal Ilham benar-benar terasa kehilangan.
Di waktu Nurul Suhana terumbang-ambing melayari kenyataan hidup, muncul Alvin, membantunya untuk berdiri semula.
Pergolakan perasaan mula melanda Kamal Ilham yang cemburu melihat hubungan kedua-duanya. Dia mula keliru, siapakah sebenarnya yang bertakhta di hatinya? Benarkah cinta itu boleh wujud tanpa batasan usia? Haruskah dia mengakui yang dia sudah lama meletakkan Nurul Suhana di satu sudut yang istimewa di dalam hatinya? Kalau benar, bagaimana dia harus menjelaskan sedangkan dahulu dialah yang telah melukai hati Nurul Suhana dan sudikah Nurul Suhana menerima kembali setelah ada pengganti yang jauh lebih baik daripada Kamal Ilham?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan