REENA SIDEK

Rabu, Julai 13, 2011

277 ; HINGGA KE AKHIRNYA

Tajuk : Hingga Ke Akhirnya
Karya : Siti Nur Dhuha
Terbitan : Buku Prima
Dimiliki Pada : 01/06/2011

Sinopsis :


Mimi Atia gagal menerima Tengku Khuzairi sebagai suami kerana masih dihantui kenangan lalu. Tengku Khuzairi berubah, dia tidak lagi berperangai seperti dahulu. Namun, Mimi Atia telah menetapkan batas-batas pergaulan di antara dirinya dengan Tengku Khuzairi malah lelaki itu tidak diperlakukan selayaknya sebagai suami.

Perkahwinan Mimi Atia dan Tengku Khuzairi telah memalitkan duka di hati Raja Isyirah, iaitu adik kepada Raja Irwan. Raja Isyirah nekad ingin menghapuskan mereka. Lalu, Tengku Khuzairi dan Mimi Atia diculik dalam suatu serangan yang dirancang oleh Raja Isyirah. Adakah insiden selanjutnya lebih teruk menimpa Mimi Atia?


"Saya betul-betul tak faham, kenapa awak hadir dalam hidup saya lagi. Untuk menghina saya seperti dahulu, untuk menyakiti perasaan saya dan untuk menambah kesengsaraan yang ada. Tolonglah, saya tak sanggup hadapi semua tu lagi. Berikan saya ruang untuk bahagia." ~ Mimi Atia

"Abang akan bersabar, abang akan menunggu Tia terima abang sepenuhnya. Tetapi kalau Tia merancang supaya abang melepaskan Tia, demi Allah abang tidak sanggup melakukan. Abang cintakan Tia." ~ Tengku Khuzairi

"Saya nak ingatkan Tengku, jangan cuba-cuba menuntuk hak sebagai suami dengan saya. Saya tak mahu jadi isteri Tengku, saya mahu jadi isteri Adam Levine. Kalau Tengku nak tidur atas katil ni boleh, tetapi Tengku jangan sekali menyentuh saya. Kalau tidak, tahulah saya nak ajar mecam mana." ~ Mimi Atia

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRlInDuNgAn, MaKa ALLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn TeLaDaN, MaKa RASULULLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeDoMaN, MaKa AL-QURAN CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRiNgAtAn, MaKa KEMATIAN CuKuP bAgInYa
DaN bArAnGsIaPa TiDaK cUkUp DeNgAN sEmUa, MaKa NERAKA CuKuP bAgInYa