REENA SIDEK

Isnin, April 11, 2011

263 ; AKAN KU TUNGGU

Tajuk : Akan Ku Tunggu
Karya : Sania Yasmin
Terbitan : Alaf 21
Dimiliki Pada : 02/04/2011


Sinopsis :

AYU RIHANA terkejut apabila dia dilamar oleh anak bujang jirannya. Pinangan jejaka egois dan berstatus tinggi itu tidak langsung diimpikannya. Tambahan pula, mereka tidak saling mengenali mahupun bertegur sapa sejak tinggal berjiran. Malah, dunia mereka jauh berbeza umpama langit dengan bumi.

Kehidupan Syamil Bakhtiar yang sentiasa dihimpit gadis-gadis cantik kian berubah sejak dia terlihat kepolosan wajah Ayu. Dia nekad mahu mendekati gadis kacukan itu biarpun latar peribadi mereka tidak setara. Namun, perubahan itu hanya seketika. Ugutan seorang 'teman tapi mesra' Syamil menghumban dia kembali kepada sikap suka berfiya-foya dan bersosial hingga lewat pagi.



Jauh di sudut hati, Ayu terluka. Dia sering menjadi mangsa keadaan. Namun, dia cuba bertahan demi kasih dan janjinya. Tanpa jemu, Ayu menitipkan rantaian doa dengan harapan dia mampu membawa Syamil pulang semula ke mahligai impian yang mereka idam-idamkan


Ulasan :

AKAN KUTUNGGU ~~ Ayu Rihana sanggup berkahwin dengan Syamil Bakhtiar demi memenuhi hasrat ibu tirinya walaupun dirinya menaruh perasaan kepada  adik angkat kepada ibu tirinya. Walau bagaimanapun, Ayu membuang semua perasaan kasih dan cinta terhadap adik angkat ibu tirinya seletah berkahwin dengan Syamil dan belajar mencintai suaminya..

Langit yang disangka panas rupanya mendung di tengah hari.... rumah tangga yang usianya belum mencapai sebulan goyah.... Kebahgiaan yang di kecapi Ayu dan Syamil hanya sementara apabila Syamil kembali semula dengan sikap yang suka berfoya-foya dan mabuk.

Ending : Happy...  :-) 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRlInDuNgAn, MaKa ALLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn TeLaDaN, MaKa RASULULLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeDoMaN, MaKa AL-QURAN CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRiNgAtAn, MaKa KEMATIAN CuKuP bAgInYa
DaN bArAnGsIaPa TiDaK cUkUp DeNgAN sEmUa, MaKa NERAKA CuKuP bAgInYa