Karya : Nuraqilah Syuhaida
Terbitan : Buku Prima
Dimiliki Pada : 02/04/2011
Sinopsis :
Adam ,anak orang kaya memiliki segalanya. Namun keran kurang didikan agama dan kasih sayang, dia telah terjerumus ke dalam dunia keseronokan sementara. Kelebihan rupa paras yang dimiliki memberi peluang kepadanya untuk memperdaya gadia-gadis. Mulanya, dia turut berniat untuk memperdaya Nadya namun tanpa disedari dia telah jatuh hati dengan pekerti halus gadis itu. Hubungan Nadya dan Hafiz tidak disenangi Adam menyebabkan dia memusuhi Hafiz dan menjadi seorang pendendam. Pemergian Hafiz telah mengubah segala-galanya. Adam sedar akan hakikat diri dan mula berubah namun tetap tidak pernah berputus asa merebut hati Nadya walau bertahun-tahun menunggu. Terimakah Adam Di hati Nadya?
"Nak sebut cinta dan suka tu memang senang, Suraya. Tapi tak bagi saya. Cinta itu cuma mitos. Dan bagi saya, tak ada cinta yang berakhir dengan kebahagian. Saya takkan percayakan lelaki semudah itu." ~ Nurul Nadya
"Sepanjang perkenalan kau dengan dia. aku tengok perangai dia biasa-biasa saja. Tak ada pulak dia tunjuk sebarang minat nak goda kau. Kau tu aje dari dulu beria-ria nak pikat dia. It's up to you nak mengaku ke tak, tapi dengarlah nasihat aku ni. Bukalah mata hati untuk melihat hakikat yang sebenarnya." ~ Azriel
"Nadya, saya tahu tak ada orang yang boleh gantikan tempat arwah Fiz. Dia sudah memiliki tempat yang paling istimewa di hati awak tapi tolong bukakan pintu hati awak untuk saya. Izinkan saya mencintai awak, jaga awak dan melindungi awak sampai ke akhir hayat saya." ~ Adam
Ulasan :
KUTEMUI CINTA ~ Pergolakkan rumah tangga diantara ibu bapa Nadya dan keruntuhan rumah tangga Kak Long Nadya menyebabkan dirinya tidak mempercayai cinta. Cinta hanyalah mitos dan di dalam dunia realiti tidak akan ada cinta yang berakhir dengan bahagia.
Namun pertemuan antara Nadya dan Hafiz telah mengubah persepsi Nadya tentang cinta. Hubungan cinta dari zaman universiti diikat lebih kukuh dengan terjalinnya pertunangan antara Nadya dan Hafiz. Namun cinta mereka tidak sempat sampai ke jinjang pelamin apabila Hafiz terlibat dalam kemalangan serta koma dan berakhir dengan kematian Hafiz.
Adam yang masih mencintai Nadya berusaha kembali untuk mendapatkan Nadya. Dirinya berubah 100% sejak mengenali Nadya. Awal remaja Adam merupakan seorang yang playboy, kaki rokok, pemabuk berubah menjadi lebih baik setelah mengenali Nadya.
Namun usahanya untuk mendapat cinta Nadya juga sukar apabila Rafi yang merupakan model, penyanyi dan pelakon terkenal juga mencintai Nadya.
Pelbagai usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh Adam untuk memiliki cinta Nadya.
Ending : Happy :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan