Karya : Nuraqilah Syuhaida
Terbitan : Fajar Pakeer
Dimiliki Pada : 02/04/2011
Sinopsis :
“Tak tau aku pelakon? Wei, dari mana kau quote ayat tu, hah? Dari Kamus Dewan Bahasa edisi kelima ke? Aku tiap-tiap hari masuk TV. Macam mana kau boleh tak tahu aku ni pelakon?”Hanya dengan pertemuan tanpa sengaja, membawa Rizal dan Khai ke pertemuan seterusnya, seterusnya dan seterusnya. Juga tanpa sengaja telah memutikkan satu perasaan yang aneh dalam diri mereka. Khai lebih senang untuk memendam perasaannya. Manakala Rizal, risau dengan perasaan yang wujud dalam dirinya—risau akan tercetus hubungan songsang.
Dalam menepis perasaan yang kian bercambah, pelbagai dugaan datang menimpa. Dato’ Rashid yang tidak sudah-sudah dengan dendamnya. Rizal yang mahu menuntut hak. Geng 23X yang mula membuat onar. Khai yang ingin mencari kepastian diriBagaimana kesudahannya? Mampukah hati Dato’ Rashid dilembutkan? Berjayakah Rizal merebut hak yang dipertahankannya? Tertumpaskah Geng 23X? Adakah segala yang berlaku dalam hidup mereka semua, mampu memperkuatkan rasa kasih yang sudah tersemai?
Ulasan :
Best.... itu perkataan pertama yang aku kata tentang novel ni. Crita nya mengisahkan Khai yang berpewatankan sabagai lelaki @ pengkid... Walaupun Khai bersikap seperti lelaki iaitu kasar, namun dalam dirinya masih memiliki ciri2 gadis namun malu untuk di tonjolkan..
Yang lucunya cerita ni... bila si Rizal iaitu adik kepada arwah abang ipar Khai sendiri tidak mengetahui bahawa Khai merupakan seorang perempuan... Si Rizal pula merasakan dirinya tidak normal bila perasaan suka terhadap Khai terbit dalam dirinya. Lega, itulah perasaan Rizal bila mengetahui bahawa Khai adalah seorang perempuan dan dirinya merupakan lelaki normal yang menyukai perempuan bukannya lelaki (gay).... hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan