REENA SIDEK

Khamis, April 07, 2011

262 ; PELUKAN CINTA

Tajuk : Pelukan Cinta
Karya : Amisha Dania
Terbitan : Kaki Novel
Dimiliki Pada : 02/04/2011


Sinopsis :

Armand Danial dan Zulaika Husna, nama yang cukup sepadan bila diganding bersama apatah lagi apabila berjalan berduaan, ketinggian mereka, ketampanan Armand Danial dan kejelitaan Zulaika Husna berjaya membuatkan rakanrakan sekeliing bersetuju mereka memang patut dijodohkan. Perjalanan percintaan mereka tidak banyak rintangan kerana perhubungan mereka di bawah restu keluarga Zulaika Husna yang sangat luhur hatinya. Tetapi, mana mungkin sesuatu perhubungan tidak dilanda badai, ketegasan dan desakan Datin Rozni, mummy Armand Danial memyebabkan hubungan murni pasangan ini menemui penghujungnya.


Armand Danial telah berkahwin dengan sepupunya, Asilah yang juga seorang yang cantik rupawan. Zulaika Husna yang reda dengan apa yang terjadi telah membawa diri jauh ke negeri pantai timur untuk mengubat hati yang lara. Sepeninggalannya, Armand Danial sudah mempunyai seorang anak yang diberi nama, Aliff Danial.

Adalah itu yang dinamakan cinta sejati? Adakah Armand Danial sudah melupakan kesetiaannya pada cinta Zulaika Husna? Bahagiakah Armand Danial bersama keluarga baharunya itu? Segala-galanya pasti terjawab dalam Pelukan Cinta.

Ulasan :

Dalam 1 hari je novel ni aku dah abis baca.. Best n simple.
Zulaikha Husna dan Armand Danial merupakan sepasang yang sedang bercinta. Hubungan mereka direstui dan diterima baik oleh keluarga Zulaikha Husna manakala hubungan mereka dirahsiakan dari pengetahuan keluarga Armand Danial sehingga Zulaikha Husna tamat pengajian.
Konflik cerita ini bermula bila mummy Armand Danial ingin menjodohkan Armand Danial dengan anak mak longnya....
Walau pun banyak cobaan dan dugaan yang dilalui oleh Zulaikha Husna dan Armand Danial namun jodoh mereka tetap ada.. Impian mereka tercapai dan mereka disatukan sebagai suami isteri.. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRlInDuNgAn, MaKa ALLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn TeLaDaN, MaKa RASULULLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeDoMaN, MaKa AL-QURAN CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRiNgAtAn, MaKa KEMATIAN CuKuP bAgInYa
DaN bArAnGsIaPa TiDaK cUkUp DeNgAN sEmUa, MaKa NERAKA CuKuP bAgInYa