Karya : Habiburrahman El Shirazy
Terbitan : AR
Dimiliki Pada : 28/06/2008
Sinopsis :
Mengisahkan seorang pelajar di Universiti AL-Azhar, Mesir Fahri Bin Abdullah Shiddiq yang tidak pernah mendekati perempuan selain ibu dan nendanya. Sehingga tahun S1nya di Mesir, dia mengenali 4 wanita yang kemudian jatuh cinta padanya...
Nurul Azkiya, pelajar Al-Azhar anak kepada seorang alim yang Fahri merasakan tidak setaraf baginya walaupun menyukai Nurul. Ini menyebabkan Nurul tertanya dan terlambat meluahkan perasaan ketika Fahri baru bertunang.
Aisha Binti Rudolf Kremas, wanita kelahiran Turki-Jerman yang kaya. Mengenali Fahri di dalam sebuah metro(bas). Fahri yang boleh berbahasa Jerman memudahkan perbualan.
Noura, gadis suci yang sering di seksa keluarga sendiri kerana salah anggap anak luar nikah oleh bapa dan kedua kakaknya, akhirnya terselah kebenaran. Namun, dia telah memfitnah Fahri merogolnya sebulan selepas Fahri menikah.
Maria, gadis Katolik yang mengagumi Ai-Quran malah menghafal sebahagian surah. Tinggal di atas bilik Fahri. Dia mencintai Fahri sekian lama walau hanya menulis di dalam diarinya sahaja.
Di awal kisah, Fahri banyak menceritakan perihal Islam, menjawab pertanyaan seorang wartawan Amerika tentang wanita yang akhirnya memeluk Islam dan kehidupan di Mesir. Fahri kemudiannya dilamar oleh seorang wanita dan menerima lamarannya walau tidak mengetahui siapa. Hingga waktunya dia dikurung di penjara bawah tanah dan di seksa dengan kesalahan merogol dan sebelum kebebasannya dengan kematian yang mencintainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan