REENA SIDEK

Selasa, Jun 28, 2011

273 ; KU PERCAYA ADA CINTA

Tajuk : Ku Percaya Ada Cinta
Karya : Rudi Hirdy
Terbitan : Kaki Novel
Dimiliki Pada : 29/05/2011

Sinopsis :


Hazz, seorang wanita yang agak terkebelakang dalam berfesyen digelar sebagai 'wanita sihir' oleh pelajar-pelajarnya kerana ketegasan dan kegarangannya dalam mengajar di kolej.

Pola hidupnya mula berubah apabila pertembungannya dengan Fakhri membuahkan dendan di dalam diri masing-masing hingga menyebabkan Fakhri terpaksa menjadi 'hamba tebusannya'. Fakhri yang bekerja sebagai pereka fesyen dikehendaki merubah imej dan penampilan Hazz dalam tempoh enam bulan, sebagai galang ganti saman malu yang dikemukakan oleh Hazz terhadapnya.


Dalam masa yang sama, papa Hazz cuba menjodohkan Hazz dengan Razznal, anak kenalan lamanya. Namun, Razznal sudah punya 'kekasih gelapnya' - Gabriel.

Pada Witch, Razznal meluahkan kebimbangan tentang jalan hidup yang telah dipilihnya kerana Witch seing membuatnya tertawa dan melupakan keresahan yang melanda jiwa. Hanya Witch satu-satunya sahabat yang memahami walaupun mereka tidak pernah bersua muka. Alam siberlah nadi penghubung mereka berdua.

Bagaimanakah kesudahan kisah cinta Hazz? Siapakah jodohnya? Razznal? Fakhri? Atau Zaidib, pujaan hati cinta Hazz secara diam-diam itu?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRlInDuNgAn, MaKa ALLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn TeLaDaN, MaKa RASULULLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeDoMaN, MaKa AL-QURAN CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRiNgAtAn, MaKa KEMATIAN CuKuP bAgInYa
DaN bArAnGsIaPa TiDaK cUkUp DeNgAN sEmUa, MaKa NERAKA CuKuP bAgInYa