Karya : Marissa
Terbitan : Karya Seni
Dimiliki Pada : 29/05/2011
Sinopsis :
Dia Hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang. Awal-awalnya, aku fikir hanya biasa-biasa saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan sekadar biasa-biasa saja. Sudah menjadi sangat-sangat luar biasa.
Aduhai... Kenapa dia macam syok sahaja dekat aku? Selalu buat benda-benda yang tidak aku jangkakan. Atau aku yang terlebih syok dekat dia? Kalu betul, apa yang harus aku lakukan? Minta putus tali pertunangan? Atau aku kena lari bersama dengan si dia.
Aku tidak tergamak melukakan hati ayah saudaraku. Dia yang telah bela aku lepas ayah meninggal. Sebab kenang budilah aku tidak boleh buat apa-apa. Jodohku sudah dirancang dari mula. Kalau aku putuskan bermakna aku jadi anak saudara yang tidak mengenang budi. Aku tidak hendak jadi macam itu.
"Degilsangat kenapa? Nasib baik awak jauh."
"Kalau dekat kenapa?"
"Saya cium awak!"
"Encik nak ke cium saya ni. Kan saya kuli encik. Lalu ke encik cium saya?" Aku buat-buat gelak walaupun aku tak ada mood langsung nak gelak.
"Awak berani cakap macam tu sebab kita jauh. Kalau dekat nak cakap dengan awak pun susah. Betullah kata orang, bila jauh dirindui!"
"Eh!Tolong sikit. Siapa yang rindu encik. Tak nak saya rindukan encik tu!" Cepat saja aku nafikannya.
"Betul?Betul tak rindukan saya?"
"Aku diam. Tak boleh jawab. Sebab memang betul aku rindukan dia. RINDU GILA!
Akan tetapi, bolehkah aku terus-terusan merindui dia? Bolehkah aku jatuh cinta kepadanya sedangkan aku tahu, semuanya sudah benar-benar terlambat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan