REENA SIDEK

Jumaat, Mac 18, 2011

174 ; SANGKAR CINTA

Tajuk : Sangkar Cinta
Karya : Diana Derin
Terbitan : Kaki Novel
Dimiliki Pada : 13/03/2010


Sinopsis :


Dek telah termakan budi dengan Dato’ No’man yang memeliharanya sebagai anak kandung, Reza rela menggantikan dirinya mengahwini Azril apabila kakak tirinya, Zumera bertindak melarikan diri pada hari perkahwinannya. Azril yang beranggapan Reza sebagai ‘pemain simpanan’ telah menetapkan peraturan; bahawa mereka akan berlakon sebagai pasangan suami isteri di hadapan Dato’ No’man hingga tiba waktu yang sesuai untuk berpisah. Reza yang pasrah menerima sahaja ketetapan peraturan itu. 
Azwan yang baru pulang ke tanah air usai menamatkan pengajian di luar negara patah hati menerima berita perkahwinan Reza. Dia menjeruk rasa dengan memerap di rumah hingga menimbulkan keresahan di hati ibunya. Mujurlah Reza memberikannya secebis semangat, pemangkin untuknya bangun semula, menjalani hidup ini. 
Sekali bah, sekali pantai berubah. Azril mula menyayangi isterinya kerana kelembutan dan kesopanan Reza meladeni kerenahnya. 
Badai takdir mula melanda apabila Zumera muncul semula untuk menghancurkan rumah tangga Reza. Zumera yang mendendami Reza sejak ayahnya mengahwini ibu Reza tega menggunakan cara kotor untuk mendapatkan semula Azril. Dia sanggup berbuat apa sahaja asalkan hati Reza hancur kerana dia cemburukan gadis itu akibat ayahnya yang lebih menyayangi Reza berbanding dirinya, anak kandung Dato’ No’man.
Bagaimana kesudahan pancaroba yang harus ditanggung oleh Reza? Bagaimana pula dengan nasib Zumera, wanita cantik berhati busuk itu? Dapatkah dia merebut semula cinta Azril? Berjayakah dia menghancurkan hati Reza? SANGKAR CINTA bakal meleraikan segala persoalan yang ada….

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRlInDuNgAn, MaKa ALLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn TeLaDaN, MaKa RASULULLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeDoMaN, MaKa AL-QURAN CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRiNgAtAn, MaKa KEMATIAN CuKuP bAgInYa
DaN bArAnGsIaPa TiDaK cUkUp DeNgAN sEmUa, MaKa NERAKA CuKuP bAgInYa