Karya : Dyza Ainun
Terbitan : Buku Prima
Dimiliki Pada : 09/05/2010
Sinopsis :
Benarlah malam pengantin Irna adalah malam ladungan air mata. Bantal berhias cantik, basah lejuh oleh titisan air jernih nan hangat. Pakaian pengantin yang indah seakan melempar sinis menyindir kekecewaannya. Pelamin sekadar menjadi replika untuk tatapan tamu. ~ Irna Muliati
Bencinya aku pada semua lelaki! Namun, wajah doktor muda itu tetap menyapa di ruang mata dan hati. Kenapa wajah itu menjenguk di saat dia sedang berperang dgn kebencian terhadap seorg lelaki yg telah meleburkan hati kakaknya? Dendamnya masihkah membara? ~Najwa Raihana
Sejak bertemu awak dulu hingga saat ini, hati saya tak boleh nak lupakan awak, Naj. Hati saya penuh dgn impian utk bersama awak. Mungkin awak bukan cinta pertama tapi saya nak jadikan awak cinta terakhir saya. Namun saya sedar, saya tak boleh mengejar bulan, ia tetap lari dari saya. Walaupun saya tau, tak mungkin saya boleh memegang bebayang. Ia akan hilang ditelan kegelapan. ~ Doktor Ezani.
"Kau apa ada? anak seorang pekebun? Tergila-gilakan Syad konon! Hey, Yana, lupakan Syad. Tak setaraf kau nak berganding dgn anak datuk tersohor mcm Engku Irsyad tu! ~ Syakilla
-----------Aku ingn berkongsi segalanya dgn sesiapa sahaja yg mungkin meminati buah karyaku. Ingin menjuadahi mereka dgn kepuasan, ketenangan, kebahagiaan malah apa saja. biar bibir mereka bisa tersenyum, mata mereka bisa meniti atas setiap kalam yg kucatatkan dan hati mereka puas menghayati setiap baris ucapanku. Kalau aku mampu memperhebatkan setiap karyaku, hanya Allah saja yg bisa membimbing dan mengatur aku utk melangkah lebih hebat lagi. Insya Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan