Karya : Suri Ryana
Terbitan : Kaki Novel
Dimiliki Pada : 01/05/2011
Sinopsis :
Terdesak Untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewat tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarnya Mr.F (fussy).
Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.
Fitnah yang melanda menyababkan Noorul dan Mr.F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara? Asyraf? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?
Serabut Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu, Elisa - perempuan 'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta Mr.F, Nurina - bekas kekasih Mr.F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr.F dan si petualang yang mengharu-birukan hidupnya.
Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini? 'Kuali'? 'Sudip'?
Ulasan :
M.A.I.D. sebuah novel yang tebal dan sangat menarik...
Noorul ~ seorang gadis yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan dan sanggup menyandang jawatan pembantu rumah untuk membantu ibunya menyara keluarga setelah ketiadaan ayahnya.
Harris ~ seorang lelaki yang serius ketika berhadapan dengan perempuan disebabkan kekecewaan di dalam percintaan dan hanya ingin pembantu rumah warganegara tempatan sahaja untuk bekerja dengannya.
Pada mulanya Noorul merahsiakan siapa dirinya daripada Harris supaya Harris tidak mengetahui bahawa dirinya merupakan pembantu rumah Harris disebabkan beberapa masalah dan takut Harris akan memecat dirinya setelah mengetahui siapa dirinya.
Rahsia Noorul terbongkar bila adik Harris iaitu Haikal memperkenalkan dirinya sebagai pembantu rumah abangnya, apabila Harris tidak mengenali dirinya... Dari situ, bermulalah segala permasalah di antara Noorul dan Harris.
Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Harris disatukan sebagai suami isteri. Perkahwinan paksa rela ini pada mulanya hanyalah diatas kertas sehinggalah Noorul berterus terang menyatakan cintanya apabila Harris memaksanya memberitahu siapa lelaki yang bertakhta di hati Noorul seperti yang diberitahu Haikal. Harris terkedu apabila mengetahui lelaki yang dimaksudkan Noorul adalah dirinya sendiri.
Dari situ, kebahagiaan Noorul dan Harris bermula. Namun badai dan gelora tetap melanda apabila Puan Sri Kirana enggan menerima Noorul sebagai menantunya kerana Puan Sri Kirana mempunyai menatu pilihannya sendiri iaitu Elisa...
Ending : Happy :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan