REENA SIDEK

Rabu, Mac 16, 2011

090 ; HANYA DIKAU

Tajuk : Hanya Dikau
Karya : Ebriza Aminnudin
Terbitan : Buku Prima
Dimiliki Pada : 02/08/2008


Sinopsis :



Peristiwa pahit yang berlaku pada hari pernikahan membuatkan Ira Fashua, wanita yang telah berumur tidak lagi mempercayai lelaki mahupun cinta yang datang bertandang. Dia sanggup hidup sendiri selagi kesangsiannya terhadap lelaki masih melekat kukuh di hati dan jiwanya.Hakikatnya, Ira Fashua seperti wanita lain yang ingin dicintai, dikasihi dan dibelai namun setiap kali dia ingin menyambut salam pecintaan, dia terpaksa menolak setelah bayangan silam datang menerjah di layar matanya.
Namun, pertemuan Ira Fashua dengan Erze Zullis telah merubah corak kehidupannya yang lama. Pertemuan yang tidak disengajakan dengan Erze Zullis ketika menyambut kepulangan sepupu Ira Fashua, Nuradriana Hany di lapangan terbang telah mencetus pertengkaran antara mereka. Pantang bertemu pasti percaturan kata akan terhasil.Kebencian sesama sendiri menular di hati masing-masing sehinggalah pada suatu hari Erze Zullis menyedari bahawa dia mencintai Ira Fashua dalam diam walaupun wanita itu lebih tua daripadanya. Namun begitu, kehadiran Xu Da Feng, usahawan berbangsa Cina-Korea kembali menyuntik rasa cinta di hati Ira Fashua untuk menerima kehadiran lelaki di dalam hidupnya semula.Dapatkah Erze Zullis menagih cintanya dari Ira Fashua dan mengeluarkan Ira Fashua dari dunia kesangsiannya terhadap lelaki? Siapakah lelaki yang telah berjaya mencuri hati Ira Fashua? Erze Zullis atau Xu Da Feng?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRlInDuNgAn, MaKa ALLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn TeLaDaN, MaKa RASULULLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeDoMaN, MaKa AL-QURAN CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRiNgAtAn, MaKa KEMATIAN CuKuP bAgInYa
DaN bArAnGsIaPa TiDaK cUkUp DeNgAN sEmUa, MaKa NERAKA CuKuP bAgInYa