REENA SIDEK

Khamis, Mac 17, 2011

130 ; SETEGUH CINTA

Tajuk : Seteguh Cinta
Karya : Durrah Fatiha
Terbitan : Alaf 21
Dimiliki Pada : 18/12/2008


Sinopsis :


Mahligai bahagia yang diimpikan Nurin bertukar menjadi igauan apabila tunangnya, Hadi mengalami kemalangan. Akibat lumpuh, Hadi terpaksa melepaskan Nurin agar tidak melangkah ke gerbang pekahwinan dalam derita. Namun, demi kasih terhadap Nurin, dia menyarankan gadis itu mengahwini sahabatnya, Adli. Kerana sayangkan Hadi, Nurin terpaksa akur meskipun dengan berat hati.
Perkahwinan yang terbina bukan atas dasar kasih itu mengakibatkan pasangan muda itu sering berkrisis. Kesabaran Nurin semakin teruji apabila Adli berhenti kerja dan menjadi ''house husband''. Untuk mengelakkan rumah tangga berantakan, Adli mengambil keputusan untuk menerima jawatan di Cape Town, Afrika Selatan.
Perpisahan itu mula menggamit kesunyian di hati Nurin. Kejauhan mula menggamit kerinduan. Rasa sayang mula singgah di hati. Akhirnya, dia tunduk dengan desakan naluri cinta yang mula menjalar di sanubari. Dia mesti menjejaki Adli untuk menyulam kasih yang hampir terlerai. Biarlah dia beralah demi menyelamatkan perkahwinan ini.
Namun, bersediakah Nurin menerima kenyataan andai Adli tidak punyai perasaan sepertinya?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRlInDuNgAn, MaKa ALLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn TeLaDaN, MaKa RASULULLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeDoMaN, MaKa AL-QURAN CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRiNgAtAn, MaKa KEMATIAN CuKuP bAgInYa
DaN bArAnGsIaPa TiDaK cUkUp DeNgAN sEmUa, MaKa NERAKA CuKuP bAgInYa