Karya : Jessy Mojuru
Terbitan : Rhythm Publishing (NSCR)
Dimiliki Pada : 03/01/2010
Sinopsis :
Cinta adalah gugurnya titisan gerimis untuk selengkung pelangi. Begitulah diibaratkan percintaan Tasya dan Haikal. Cinta mereka diuji, kasih mereka dirintangi dugaan namun cinta di hati tetap menyala. Cinta Tasya dan Haikal diharang oleh Tuan Saiful dan Zakrul. Tanpa bingkisan berita daripada suaminya, Tasya hampir tunduk pada kemahuan papanya untuk menerima Zakrul, namun keunggulan cinta Haikal menyemarakkan semula kasihnya.
Dia nekad melarikan diri dari penjara kasih Zakrul tanpa disedarinya, nyawa cinta mereka berada di hujung tanduk. Haikal dilanggar lari oleh Zakrul dan dia pula melahirkan anak tidak cukup bulan. Menatap si keci Sasha Nurshifika, hatinya disimbah semangat, benih kasih ini harus dijaga. Itulah sahaja semarak kasihnya. Kehadiran Haikal semula di sampingnya walaupun dalam keadaan koma membuatnya diintai kebahagiaan. Namun, hujan mencurah di tengah hari, kasih mereka diuji sekali lagi. Siapakah Ferhad di antara dia dan Haikal? Apakah kesudahan episod cinta Tasya dan Haikal? Akan munculkah selengkung pelangi cinta mereka? Dan bagaimana pula nasib si durjana Zakrul yang menoktah hitamkan kehidupannya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan