REENA SIDEK

Isnin, Mac 14, 2011

028 ; KU PERSEMBAHKAN HATI

Tajuk : Ku Persembahkan Hati
Karya : Adra Adlina
Terbitan : Buku Prima
Dimiliki Pada : 15/06/2009


Sinopsis :



Zahra Liyana hanyalah seorang gadis yang cukup bersederhana dalam hidupnya. Pertemuan dengan Adib Irfan dalam suatu keadaan yang menyentuh perasaan, membuatkan kehidupannya berubah sama sekali. Atas dasar persahabatan, dia membantu Adib melakukan sesuatu yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini, iaitu menjadi ‘kekasih’ jejaka itu di malam sambutan majlis ulang tahun perkahwinan ibu bapanya. Berlaku suatu peristiwa yang tidak disangka semasa majlis tersebut berlangsung. Kehadiran Zahra dalam hidup Adib, membuatkan jejaka ini tak lagi mengelakkan diri daripada komitmen.
Tanggapannya berubah sama sekali. Dia perlukan Zahra untuk melengkapi hidupnya. Kepayahan meraih cinta dan hati gadis tersebut membuatkan Adib berazam menjaga Zahra sebaik mungkin. Kesungguhan jejaka itu menyemai cinta di jiwa Zahra. Lantas mereka nekad memeterai janji sehidup semati. Namun, dugaan menimpa apabila keikhlasan cinta dua jiwa diragui oleh seorang insan. Kasih suci dan ikatan yang terpatri direntap tanpa diketahui kebenarannya. Perpisahan membawa mereka jauh dari cinta yang masih tegar bersemi dalam sanubari.


Zulfi Zulkarnain…hatinya tak pernah lekang untuk gadis bernama Zahra Liyana. Takdir menemukan mereka semula. Sangkanya, Zahra yang ditinggalkan bahagia. Rupanya dia tersilap jangkaan, apabila Zahra bukan lagi milik orang. Dia menggunakan peluang yang ada di depan mata sebaiknya untuk mendampingi Zahra. Namun hatinya tidak setegar itu untuk mempertaruhkan kebahagiaan seorang wanita sedang dirinya menanti saat menuju detik kematian. Zahra menyakinkan dia, ada peluang untuk mereka bersama. Perasaan yang tinggal buat Adib tersemat sebagai sejarah. Diserahkan sepenuh jiwa raga kepada Zulfi demi sebuah perhubungan berlandaskan cinta suci. Kemunculan Adib setelah sekian lama menyepi tidak betah membuatkan kasih Zahra beralih. Jejaka itu memendam rasa, walau pun hatinya terlalu kecewa apabila Zahra bukan lagi untuknya. Dia merintih…namun dia rela berkorban andai insan yang dicintai bahagia. Dia pasrah menelan sengsara… bertemankan lara. Dia sedia melindungi Zahra biarpun hanya berpeluang melakukannya dari jauh


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRlInDuNgAn, MaKa ALLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn TeLaDaN, MaKa RASULULLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeDoMaN, MaKa AL-QURAN CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRiNgAtAn, MaKa KEMATIAN CuKuP bAgInYa
DaN bArAnGsIaPa TiDaK cUkUp DeNgAN sEmUa, MaKa NERAKA CuKuP bAgInYa