REENA SIDEK

Isnin, Mac 14, 2011

004 ; SIAPAKAH DI HATIKU

Tajuk : Siapakah Di Hatiku
Karya : Adilla Tasha
Terbitan : Kaki Novel
Dimiliki Pada : 03/10/2009


Sinopsis :


Miera Eliani… mengharapkan jawapan cinta daripada kekasihnya Haikal yang telah menghilang tanpa khabar berita. Pertemuan Miera dengan Megat Shahrizal, CEO syarikat dia bekerja membuatkan dia terhumban ke dalam dunia cinta Shah. Secara kebetulan, ibu Shah dan mama Miera adalah sahabat baik yang telah lama terpisah dan kini bertemu kembali. Perhubungan rapat di antara Shah dan Miera mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga.
Malangnya, hati Miera masih mendambakan kata putus Haikal. Tidak dapat disangkal Miera juga menyenangi Shah yang banyak membantunya dan ikhlas menerimanya walaupun dia sedikit kasar dan bersikap tomboy. Dek keinginan ibu masing-masing, Miera akur dengan kehendak mereka untuk membina mahligai rumah tangga dengan Shah. Ini menyebabkan Miera terpaksa berhadapan dengan keegoan dan sifat cemburu yang keterlaluan Shah saban hari sepanjang tempoh pertunangan mereka. Pertemuan semula Miera dengan sahabat baiknya, Jay Jay telah menimbulkan sedikit salah faham di hati Shah. Setelah lama Miera hidup tanpa bayang-bayang Haikal, lelaki itu tiba-tiba muncul semula dan kembali menagih kasih daripada Miera… Dengan kewarasan diri yang ada, Miera harus membuat keputusan sekali gus akan mempengaruhi tentang siapakah yang bakal bertakhta di hatinya kelak….

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRlInDuNgAn, MaKa ALLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn TeLaDaN, MaKa RASULULLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeDoMaN, MaKa AL-QURAN CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRiNgAtAn, MaKa KEMATIAN CuKuP bAgInYa
DaN bArAnGsIaPa TiDaK cUkUp DeNgAN sEmUa, MaKa NERAKA CuKuP bAgInYa