Karya : Nurul Syahida
Terbitan : Buku Prima
Dimiliki Pada : 09/06/2008
Sinopsis :
Sahabat umpama bintang di langit yang mampu bersinar menerangi kehidupan. Zulaikha dan Nurain adalah teman karib sejakdari sekolah rendah hingga menengah dan seterusnya memasuki universiti yang sama. Janji dan ikrar mereka sama, sentiasa bersama dan jujur seadanya.
Namun Zulaikha telah melakukan kesilapan besar dan meretakkan hubungan persahabatan yang terjalin. faizal jejaka yang dicintai oleh Nurain telah dirampas oleh Zulaikha dan kini telah kehilangan Nurain atas kecurangannya itu. Nurain telah berpindah ke universiti lain.
Kehadiran jejaka bernama amar sufian dalam hidup zulaikha telah mengembalikan semangatnya yang hampir pudar walaupun sikap jejaka itu kurang disenangi. Sedikit demi sedikit mereka mula menjadi teman rapat yang memahami kekurangan masing². Tiba-tiba Amar Sufian menghilangkan diri dan sekali lagi Zulaikha dilanda kesepian. Pertemuan Zulaikha dengan Mohd Yusrizal Rivera telah merubah hidup Zulaikha kembali bersinar. Namun kehadiran Yusrizal tidak mampu merubah hati Zulaikha terhadap Amar Sufian.
Beberapa tahun berlalu, Amar Sufian muncul mencari cinta Zulaikha yang dirinduinya. Pada masa yang sama Nurain muncul kembali tanpa rasa dendam terhadap Zulaikha. Zulaikha berasa gembira dan berjanji tidak akan mengkhianati persahabatan lagi. Tetapi janji itu sekali lagi memaksa Zulaikha berkorban kasih. Dapatkah Zulaikha menempuhinya? Bak kata bidalan melayu, diluah mati emak, ditelan mati bapak. Antara sahabat dan kekasih, Zulaikha dilema memilih antara dua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan