Karya : Cahaya Izzati
Terbitan : Biku Prima
Dimiliki Pada : 06/11/2010
Sinopsis :
Anis Madiha merupakan seorang pereka laman yang baru berusia 24 tahun. Tapi dia telah pun mempunyai seorang anak lelaki, Aiman, yang berusia 6 tahun. Selama dia membesarkan Aiman, dia tidak pernah mempedulikan kebahagiaan dirinya. Segala-gala yang dilakukan adalah untuk kepentingan Aiman. Namun, anak yang kian membesar itu memerlukan bimbingan dan kasih sayang seorang lelaki yang boleh dipanggil ayah. Kehadiran Tengku Aidil Ezzary memberi harapan kepada anak kecil itu. Dianggapnya lelaki itu sebagai ayah walaupun Anis Madiha tidak mampu menerima kehadiran lelaki itu.
Tengku Aidil Ezzary pula kian sayangkan anak kecil itu seperti dia sayangkan Anis Madiha. Aiman bukan penghalang cintanya. Malah anak kecil itu melengkapkan kebahagiaan dia. Namun, Anis Madiha masih teragak-agak untuk menerimanya. Takut sekiranya lelaki itu hanya bermain kata di bibir sahaja. Takut andaian semua janji yang ditaburkan hanyalah janji kosong. Tapi, satu demi satu dugaan yang mendatang membuatkan pendirian keras Anis Madiha kian goyah. Lelaki itu mula memberi makna buat dirinya dan anaknya. Dia tega menerima kehadiran lelaki itu. Sedangkan semua dugaan itu bukanlah untuk menyatukan mereka sebaliknya untuk memisahkan mereka. Setelah cinta mulai bersatu, dugaan yang hebat datang menduga lagi.
Kini, mampukan Tengku Aidil Ezzary berpegang kepada janjinya untuk tidak mengecewakan gadis itu? Dan setiakah Anis Madiha mengubat rindu di hati bila lelaki itu pergi buat seketika? Hanya masa dan kekuatan cinta mereka sahaja yang mampu menjawab segala persoalan itu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan