REENA SIDEK

Selasa, Jun 21, 2016

293 : Hantu Punya Bos - Dekna Lee

Hantu Punya Bos


Hantu Punya Bos

HANTU PUNYA BOS.. Satu lagi novel yang akan di adaptasi untuk TV3 di SLOT IRIS... Novel ni Reen dah baca dan Reen bagi 5/5. Sangat best, sangat jenaka, sangat romantik... heheh senyum dan gelak sorang-sorang masa Reen baca.. 

Abby Si Latah dan Arrayyan si Bos... Hahaha.. Abby ni memang lawak sangat... setiap kali di jerkah dia akan melatah siap bagi penampar kat pipi bos. Bos ni pula, bila tahu si Abby ni kuat melatah, dia jadi hantu.. Setiap saat dan masa suka cari kesalahan Abby supaya Abby melatah... Kacau punya kacau, si bos jatuh hati kat Abby... Percintaan diaorang di rahsiakan... hehehe.. nak tahu lebih lanjut kisah novel ni, pergi lah baca online atau tunggu slot IRIS ni nanti.

Drama ini akan dilakonkan oleh Syukri Yahya, Intan Najuwa, Aizat Hassan, Juliana Farhana, Afiera Riana, Fahmy Reza, Iszander Nor dan ramai lagi
  
Hantu Punya Bos

Hantu Punya Bos

Hantu Punya Bos


SINOPSIS HANTU PUNYA BOS

BEKERJA sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu. 
 
“Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!” ~Diela

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula.

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?

Ahad, Oktober 02, 2011

292 ; TAKDIR : Cahaya Yang Tidak Terpadam

Tajuk : TAKDIR : Cahaya Yang Tidak Terpadam
Karya : Hilal Asyraf
Terbitan : Geleri Ilmu
Dimiliki Pada : 27/08/2011

Sinopsis :


Dunia diselimuti kegelapan. Selepas Sang Asura dan Lima Jeneral menguasai dunia sepuluh tahun yanglalu, ramai yang menyangka cahaya Ilahi telah terpadam. Kerajaan Tanah Haram diasak hebat. Kota 'Hijau'
Chinmayi juga begitu.

Waktu seakan terhenti. Manusia yang percaya kepada-Nya dibadai derita. Ada yang percaya Dia telah meninggalkan mereka. Malah, tidak kurang yang menyatakan bahawa Allah itu tiada. Apatah lagi sejarah menjadi saksi tewasnya Kiai Songo ditangan Sang Asura dua belas tahun sebelumnya. Namun bukan bagi Kerajaan Tanah Haram dan kota 'Hijau' Chinmayi. Mereka kekal percaya dan terus berjuang menegakkan agama-Nya. Lantas seorang pemuda dihantar Bapa memulakan kembara. Memerangi kegelapan bahawaan Sang Asura. Angkasa Sakti. Dia adalah saksi. Cahaya Ilahi tidak akan terpadam walaupun kegelapan menyelubungi dunia.

Dengan Novel ini, penulis hajatkan agar ianya memberikan inspirasi, kekuatan, kepada mereka yang beriman kepada Allah SWT, dalam meneruskan perjuangan mereka menentang kebatilan di atas muka bumi ini. Memang kadangkala kita terasa, usaha kita sia-sia. Kita terasa, perjuangan ini terlalu panjang. Kita terasa seperti kemenangan itu tidak akan sampai-sampai kepada kita. Maka Novel ini adalah untuk 
mengubati perasaan itu.

Penulis ingin mengajak diri penulis dan pembaca, agar melihat kembali hubungan kita kepada Allah SWT, dalam perjalanan hidup kita sebagai hamba-Nya. Dalam kehidupan kita sebagai penyeru di atas jalan-Nya.Dalam kehidupan kita sebagai pejuang di atas jalan-Nya. Apakah kita percaya dan yakin akan segala 
janji-janji-Nya dengan sepenuh keimanan kita? Atau kita sekadar beromongan semata-mata?

Novel Takdir, bukan semata-mata fantasi kosong. Tetapi pada penulis , ini buah tangan buat ummah, agarjangan berputus harap daripada Allah SWT. Sesungguhnya, Dia itu tidak pernah mengecewakan hamba-hamba-Nya, yang berjuang di atas jalan-Nya. Walaupun dunia ini diselimuti kegelapan batil, tetap cahaya 
Allah itu akan menyinari nanti.

Persoalannya, apakah kita ini golongan yang percaya? Takdir Allah telah tertulis, bahawa kemenangan akan menjadi milik hamba-hamba-Nya yang beriman. Tinggal kita tidak tahu bagaimana ianya akan berlaku. Maka apakah kita antara yang percaya, dan berusaha merealitikannya? Persoalan-persoalan ini pulang kepada kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRlInDuNgAn, MaKa ALLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn TeLaDaN, MaKa RASULULLAH CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeDoMaN, MaKa AL-QURAN CuKuP bAgInYa
BaRaNgSiApA YaNg MeNgInGiNkAn PeRiNgAtAn, MaKa KEMATIAN CuKuP bAgInYa
DaN bArAnGsIaPa TiDaK cUkUp DeNgAN sEmUa, MaKa NERAKA CuKuP bAgInYa